Assalamualaikum. Salam ceria dan bertemu lagi.
Kali ini saya hentak tunjukkan satu lagi produk yang dibuat atas permintaan pelanggan. Walaupun produk seperti ini sudah ada di pasaran, namun kebanyakan pelanggan meminati produk costumade seperti ini. Salah satu tujuan utamanya adalah senang nak tukar atau baiki jikalau berlaku kerosakan.
Sesiapa yang pernah lihat alat ini mungkin tidak perlu untuk mendalami lagi fungsi sebenar alat yang diberi nama Mini Power Amplifier Fuzz Distortion. Pada mulanya saya sukar untuk menghasilkan alat ini kerana tidak memahami penggunaan dan keperluan untuk satu gitar elektrik. Atas bantuan rakan yang memiliki gitar elektrik, hasrat untuk menghasilkan alat ini berhasil. Setelah dibuat pengujian dan juga meneliti kelemahan yang terdapat pada alat ini sebelum boleh digunakan sepenuhnya membuatkan hasil yang sangat baik.
Kegunaan alat ini adalah sebagai penguat kuasa audio untuk gitar elektrik. Berbeza dengan yang lain kerana saiznya kecil dan boleh dibawa ke mana saja. Malah alat tersebut menggunakan kuasa bateri 9 volt saja untuk beroperasi. Selain itu alat ini mengandungi fungsi Fuzz Distortion untuk hasil kesan bunyi berbeza apabila gitar elektrik dimainkan. Satu suis berfungsi untuk memilih fungsi Fuzz ini sama ada mahu bermain secara clean atau pun pada fungsi Distortion. Terdapat juga pelarasan untuk Gain.
Untuk pengenalan, produk ini dijual pada harga yang rendah. Sementara harga normal dijual, alat ini akan disertakan dengan eksessori lain seperti beg kecil dan sebagainya.