Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Ujian terhadap produk

Imej
Produk -produk yang terdapat di dalam blog ini telah melalui proses ujian atau R&D bagi memastikan keberkesanannya apabila sampai ke tangan pengguna. Proses ini penting dan ianya salah satu kewajipan yang mesti dilakukan agar produk yang digunakan tidak menimbulkan pelbagai masalah besar. Ada sesetengah produk mengambil masa yang agak lama untuk dipasarkan kerana proses pengujian berterusan yang mesti dilakukan. Jika yakin dengan ujian dan ketahanan produk tersebut, jadi ianya akan datang sendiri keyakinan kepada pengguna. Ini kerana ada sesetengah pengguna tidak menghiraukan proses yang dijalankan untuk memastikan produk tersebut adalah yang terbaik. Manakala ada juga yang mengambil berat dan agak cerewet dengan pelbagai perkara terutama sekali kualiti dan ketahanan produk. Sebab itulah adalah pihak-pihak dan sektor-sektor tertentu yang menyediakan satu lorong untuk mengutamakan kualiti dan kekuatan produk seperti SIRIM dan sebagainya. Jadi bergantung kepada pengguna untuk menentu...

Dark Sensor untuk lampu rumah

Imej
Satu lagi produk dikeluarkan minggu ini adalah Dark Sensor untuk lampu rumah, lampu pejabat, lampu kedai, lampu jalan dan sebagainya. Fungsinya adalah menyalakan lampu sedia ada apabila hari gelap dan padam apabila hari siang. Jika lampu luar rumah kita dihidupkan secara manual apabila malam, dengan alat ini ia melakukan kerja rutin anda secara automatik. Hanya on suis lampu, alat ini melakukan kerjanya. Jika tidak mahu, off kan saja suis lampu. Untuk pemasangan sangat mudah giler. Hanya pasang dengan sambungan pada wayar lampu dan selitkan alat ini pada mana-mana tempat yang anda suka asalkan sensornya tidak menghadap lampu yang dipasang dan tidak menutupinya. Yang penting sensornya menghala ke arah sumber cahaya matahari. Nanti alat ini boleh kesan kehadiran cahaya matahari atau tidak. Sebelum alat ini dibuka untuk jualan umum, ianya sudah mendapat sambutan dan tempahan awal. Saya tidak nyatakan kegunaan dan kebaikan alat ini, tetapi mereka yang pertama kali mendengar akan alat ini s...

Touch Sense Immobiliser

Imej
Produk pertama yang akan dikeluarkan untuk jualan adalah alat keselamatan kereta Touch Sense Immobiliser. Alat yang dipasang pada kenderaan berenjin seperti kereta, van, MPV, lori dan apa saja kenderaan asalkan ia mempunyai sistem penghidup enjin (starter). Motosikal tidak boleh dipasang walaupun ada juga motosikal yang mempunyai sistem penghidup elektrik. Nak dipasang pada motor pun boleh kalau nak juga, tapi ciri-ciri keselamatannya masih tidak boleh dijamin 100%. Haa.. kalau scooter boleh tapi masih belum boleh menjamin kesannya seperti kereta. Jadi apakah fungsi alat keselamatan ini. Untuk tatapan umum saya rasa amat sesuai ianya dijelaskan di dalam blog ini. Dengan kelebihan ini, bakal pembeli mungkin rasa lebih yakin dan fikir dahulu sebelum membeli. Namun begitu seperti yang saya pernah katakan dahulu bahawa kebanyakan produk yang diwarwarkan di dalam blog ini adalah buatan tempatan dan original dari produksi saya sendiri. Jadi ianya tidak dijual di mana-mana kedai bagi produk ...

Cadangan Produk Terbaru

Beberapa produk sudah pun siap dan ada yang hampir siap menunggu saat-saat diumumkan. Tidak kiralah melalui saluran mana sekali pun ianya didedahkan tetapi ianya masih dalam penantian saat-saat yang sesuai. Antara produk yang mungkin akan dikeluarkan adalah seperti berikut yang asalnya banyak datang dari laman web MyEnik. Transistor Tester Alat yang boleh memeriksa keadaan transistor sama ada rosak atau pun dalam keadaan baik. Kelebihannya ia boleh mengukur transistor pada papan litar tanpa perlu mengeluarkan mana-mana kaki transistor dari papan litar. Cara penggunaan yang mudah. Dark Sensor Digunakan pada lampu 240VAC yang terdapat dalam rumah. Sangat sesuai untuk lampu di tempat parking kereta atau beranda rumah. Selain rumah boleh juga dipasang pada premis. Fungsinya menghidupkan lampu kalimantang atau lampu pijar secara automatik. Bila hari malam, alat ini akan menghidupkan lampu dan bila malam alat ini mematikan lampu secara automatik. Anti Hijack For Car Alat anti hijack untuk ke...

Cadangan Produk

Setelah lama saya menyepikan diri akhirnya saya kembali sekali lagi untuk menghidupkan blog ini. Selamat datang kepada saya. Sebelum ini saya banyak kali menyatakan produk baru yang akan muncul dan ianya masih belum muncul. Disebabkan banyak perkara dan masalah yang saya tempuhi sebelum ini menyebabkan produk baru tersebut tidak dapat dikeluarkan. Pada minggu ini setelah segalanya sudah berakhir, saya kembali semula dan berhasrat untuk menumpu sepenuhnya di sini dan di beberapa blog lain lagi. Pendek kata saya akan berada di internet seperti dulu. Oleh itu hasrat saya untuk mengeluarkan produk baru akan tercapat juga. Jika dulunya saya agak kuatir dengan produk yang hendak saya keluarkan disebabkan terikat dengan pihak lain dan menjaga hak pemilikan produk.  Itu tidak kekal lama dan saya memperolehi hak saya semula. Dengan memahami semua produk yang saya reka dan hasilkan sendiri, memang agak sukar untuk pihak lain meniru dan merampas hak milik.  Kesabaran dan kecekalan menjadikan saya...