Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Video Pendek ProPointUW

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Untuk kali ini saya tunjukkan satu video pendek dari akaun Instagram berkenaan dengan ProPointUW metal detector. Saya hanya boleh tunjuk video pendek sahaja dahulu. Untuk video berdurasi panjang sikit masih dalam pembikinan. Semasa proses pembikinan video tersebut, harga terkini bagi ProPointUW adalah pada harga promosi. Kurang sikit dari asal RM129 . Selepas siap sahaja video kedua ini nanti, harga menjadi harga yang asal. Saksikanlah video ini sementara menunggu harga asal kembali lagi. PPUW metal detector. Masa mandi sungai atau laut rugi tak bawa benda ni. Sambil berendam boleh juga mencari barang2 logam berharga... A post shared by MyDeko796 (@mydeko796) on Sep 24, 2017 at 7:53pm PDT Untuk tempahan sila isi borang di bawah sekali blog ini. Buat tempahan dahulu dan anda akan dihubungi bagi mengetahui harga promosi (sekiranya masih dalam promosi).

Kipas Angin Mini 100% Tenaga Solar

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Bismillah. Pertama sekali saya berhasrat untuk mengupas perihal tenaga solar yang semakin hari orang menggunakannya sebagai tenaga alternatif. Tenaga solar merupakan tenaga elektrik yang dihasilkan melalui sinaran cahaya matahari yang jatuh ke permukaan solar panel. Seimbas lalu saya cuba menerangkan serba ringkas mengenai solar panel. Kebanyakan rakan-rakan ada yang masih kurang faham apakah fungsi solar panel. Ada yang menganggap solar panel berfungsi menyimpan tenaga elektrik. Ada juga yang faham solar panel menghasilkan tenaga elektrik dan menyimpannya sekali. Dan ada juga yang faham solar panel boleh guna 24 jam siang dan malam. Secara asasnya solar panel merupakan satu peranti yang boleh menjana tenaga elektrik. Penghasilan tenaga elektrik ini melalui proses penukaran dari cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Hanya cahaya matahari merupakan sumber yang sangat sesuai berbanding cahaya lampu. Solar panel tidak memerangkap haba, ianya hanya men...

Pin Pointer Boleh Selam

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali. Lama sudah saya tidak update info dalam blog ini. Tiada masa sebelum ini banyak uruskan hal-hal projek dan kehidupan. Pada kali ini saya ingin mengulas tentang alat terbaru iaitu Pin Pointer yang boleh selam. Produk seumpamanya sebelum ini memang tak boleh selam. Paling kuat pun hanya boleh kena hujan sedikit. Untuk kali ini saya cuba upgrade sedikit kelebihannya boleh dibawa menyelam. Komponen lama masih dikekalkan penggunaannya. Hanya beberapa penambahan dan pengubahsuaian dibuat. Namun begitu ada syarat-syarat dan pantang larang ketika menggunakan alat ini. Pada komponen suis masih dikekalkan design dan jenis suis yang lama. Cuma ada penambahbaikan pada susi tersebut untuk elak air masuk. Tapi, luarannya masih tetap terdedah pada air. Jadi dikuatiri akan terjadinya proses pengoksidaan atau karat. Tips penting adalah, selepas guna sila basuh dengan air bersih dan jemur. Begitu juga sama kaedahnya dengan air laut. Wajib dibilas d...