Under water MD
Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua lagi. Pada kali ini saya terpanggil untuk menyentuh sedikit mengenai tajuk utama iaitu under water md. Ia bermaksud alat pengesan logam yang boleh dibawa selam ke dalam air. Saya terpanggil untuk sentuh tajuk ini adalah kerana alat seperti ini sudah ramai yang bertanya dan mahu memilikinya. Namun pun begitu, alat seumpama ini sudah ada dipasaran dan boleh diperolehi dengan membelinya sama ada melalui online atau melalui agen yang dilantik. Tapi bukan itu soalnya. Kebanyakan pelanggan mahukan harga yang mampu untuk mereka beli. Pada masa yang sama juga mereka memerlukan servis yang boleh membimbing atau mengajar mereka menggunakan alat tersebut tanpa masalah. Saya sebelum ini pernah menghasilkan alat pengesan yang boleh dibawa selam ke dalam air. Namun ianya sekadar percubaan saja. Belum pernah terjual lagi. Atas permintaan ramai, saya diminta untuk menghasilkan md yang boleh dibawa masuk ke dala...