Assalamualaikum. Salam hormat dan salam ceria. Salam bertemu kembali. Kali ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai pengesan logam terbaru. Ianya adalah pengesan logam jenis Pulse Induction atau PI. Apakah ciri-ciri dan kelebihan pengesan logam ini berbanding pengesan logam yang lain-lain? Sebentar lagi saya akan terangkan. Berbanding pengesan yang terdahulu, alat pengesan ini bagi saya sangat rumit untuk dihasilkan. Ini mengambil beberapa faktor seperti komponen elektronik yang sukar diperolehi dan perlu dibuat tempahan luar, setting yang sangat rumit apabila alat ini siap diuji, seni bina coil yang memerlukan kerja yang sangat teliti kerana ia menggunakan coil jenis Tesla. Namun begitu, apabila ianya sempurna melalui kesemua proses-proses tadi, alat pengesan ini akan berfungsi dengan baik dan sangat memuaskan. Jika anda mengetahui serba sedikit mengenai pengesan logam jenis PI, ia berupaya mengesan semua jenis logam dengan baik serta jarak kedalam logam yang lebih dala...