Translate Your Language

Sabtu, 17 Mei 2014

Tiada lagi BB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Masa yang terlalu lama untuk diambil mengemaskini post blog ini. Apatah lagi sekiranya saya berhasrat untuk mengemaskini info terbaru setiap masa atau setiap hari.
Namun kekangan masa dan kesibukan tugas harian penyebab yang paling kuat blog ini tidak dikemaskini. Ada yang bertanya adakah blog ini sudah mati? Atau tiada satu produk yang masih dijual lagi? Semua bukan jawapannya. Produk jualan masih lagi aktif dan sangat memberangsangkan hingga k3 hari ini.
Dalam kata istilah lain seperti tidak menang tangan. Produk terjual seperti yang diaturkan dan stok sentiasa diperbaharui. Malah stok juga sering kehabisan.
Antara produk yang menjadi top ranking adalah metal detector PI2. Setakat ini jualan adalah yang paling tinggi berbanding produk produk lain. Sehinggakan permintaan melebihi simpanan stok yang ada. Stok yang kehabisan biasanya saya akan rekodkan sebagai tempahan. Tempahan yang telah siap, pelanggannya akan diberitahu terus. Manakala proses tempahan tidak memerlukan sebarang bayaran pendahuluan.
Adakalanya pernah tempahan dibuat dan produk mula dihasilkan. Secara tiba tiba pelanggan membatalkan tempahan sebelum ini. Namun produk masih dibuat atau diteruskan menjadi stok baru. Biasanya stok bertahan paling lama 3 hari sehingga ada pembeli yang membelinya pula.
Sesetengah pelanggan akan bertanya dahulu maklumat mengenai produk seperti metal detector atau sebagainya sebelum mereka berpuas hati dan mula membeli.
Memandangkan produk jenis PI2 mendapat sambutan tinggi, produk seperti alat pengesan logam jenis BB akan dihentikan jualan buat masa ini. Namun saya masih belum dapat tentukan sama ada ia perlu dihentikan terus pengeluarannya atau dihentikan untuk sementara.
Alat pengesan jenis BB merupakan produk yang lebih awal pengeluarannya berbanding PI2. Namun begitu penjualannya juga sangat laris sebelum keluar model PI2. Setelah PI2 mula dijual, produk BB mula bersaing dengan PI2. Dan pada ketika itu PI2 masih belum dihasilkan sebaiknya dan namanya juga pada ketika itu adalah Pi sahaja.
Setelah PI mengalami pelbagai proses perubahan dan naii taraf, PI2 dihasilkan secara muktamad. Pada saat itulah PI2 melonjak jualannya dan sekali gus menenggelamkan BB.
Namun begitu permintaan untuk alat pengesan BB masih ada dan saya akan hasilkan juga atas permintaan walaupun tiada stok disimpan.