Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Mini power supply

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria dan bertemu kembali. Artikel kali ini berkenaan dengan satu lagi produk baru tetapi tidak dipasarkan lagi. Maksudnya belum dibuat penjualan lagi. Namun begitu produk yang diberi nama MyEnique mini Power Supply ini sebenarnya digunakan untuk penggunaan di dalam kursus rekacipta yang saya anjurkan. Setiap peserta kursus akan menggunakan mini power supply ini untuk menguji litar projek yang telah dibuat. Jadi apakah kegunaan dan kelebihan alat ini berbanding alat sedia ada di pasaran atau yang biasa digunakan sekarang? Apa yang menjadi target saya menghasilkan produk ini adalah keselamatan. Keselamatan kepada pengguna terutamanya kepada peserta kursus. Tambahan pula peserta kursus terdiri daripada kalangan murid sekolah dan individu yang kurang kefahaman dalam bidang elektronik. Bermakna, jika berlaku kesilapan semasa menggunakan power supply, kemungkinan akan berlaku kerosakan sama ada pada power supply itu sendiri atau pada projek yang dibuat. Dengan ...

Mini Guitar Power Amplifier + Fuzz Distortion

Imej
Assalamualaikum.  Salam ceria dan bertemu lagi. Kali ini saya hentak tunjukkan satu lagi produk yang dibuat atas permintaan pelanggan. Walaupun produk seperti ini sudah ada di pasaran, namun kebanyakan pelanggan meminati produk costumade seperti ini. Salah satu tujuan utamanya adalah senang nak tukar atau baiki jikalau berlaku kerosakan. Sesiapa yang pernah lihat alat ini mungkin tidak perlu untuk mendalami lagi fungsi sebenar alat yang diberi nama Mini Power Amplifier Fuzz Distortion . Pada mulanya saya sukar untuk menghasilkan alat ini kerana tidak memahami penggunaan dan keperluan untuk satu gitar elektrik. Atas bantuan rakan yang memiliki gitar elektrik, hasrat untuk menghasilkan alat ini berhasil. Setelah dibuat pengujian dan juga meneliti kelemahan yang terdapat pada alat ini sebelum boleh digunakan sepenuhnya membuatkan hasil yang sangat baik. Kegunaan alat ini adalah sebagai penguat kuasa audio untuk gitar elektrik. Berbeza dengan yang lain kerana saiznya kecil dan ...

Produk Baru Masih Panas

Imej
Assalamualaikum. Salam kecerian. Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad saw. Dalam beberapa hari, minggu dan bulan sebelum ini, saya banyak menghabiskan masa melakukan banyak kajian dan pembangunan produk produk baru dan produk lama. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi bilangan produk serta berjalan seiring dengan arus tren semasa. Apabila kita masuk ke blog produkreatif ini, hampir semua orang akan tahu produk paling top adalah metal detector. Buat masa ini jumlah adalah 3 metal detector berlainan jenis. Jenis PI dan BB adalah antara yang paling ramai pembeli. Namun begitu promosi saya tidak dilakukan dengan serius. Hanya kerana masa dan juga kekangan tenaga membuatkan produk dihasilkan agak perlahan dan sedikit. Oleh itu saya lebih suka menerima tempahan produk berbanding menyimpan stok. Stok yang sedia ada pula tidak banyak, hanya untuk pembeli yang urgent sahaja. Produk produk lain juga masih terjual seperti dark sensor, starter lock, walaupun pembeli tidak ramai s...