Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012
Assalamualaikum. Di sini saya sertakan senarai pembeli dan tempahan yang dibuat. Senarai nama ini yang sedang menunggu tempahan dan jenis barang yang ditempah. Diharap jika ada kesilapan pada senarai ini minta diberitahu. En Yaakob - Kuantan - Metal Detector PI standard Rafizi Nordin - Kuantan -Metal Detector PI standard Mohd Azrin - Gombak - Metal Detector BB + pin pointer Member dr Bukit Jalil (lupa nama) - Metal detector BB + pin pointer Nizam - Klang - Metal Detector BB + pin pointer Md. Sanusi - Penang - Coil 4" MD PI Brader dr Kelantan (lupa nama jugak) - Set Blue Pan (mesin ayak automatik) Di harap nama-nama ini berada dalam situasi menunggu tempahan masing-masing dalam masa terdekat ini. Metal detector jenis BB tidak ada masalah masa yang lama untuk setting berbanding jenis PI yang memerlukan setting yang teliti. Terima kasih.

Pengesan Logam Pulse Induction (PI)

Imej
Assalamualaikum. Salam hormat dan salam ceria. Salam bertemu kembali. Kali ini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai pengesan logam terbaru. Ianya adalah pengesan logam jenis Pulse Induction atau PI. Apakah ciri-ciri dan kelebihan pengesan logam ini berbanding pengesan logam yang lain-lain? Sebentar lagi saya akan terangkan. Berbanding pengesan yang terdahulu, alat pengesan ini bagi saya sangat rumit untuk dihasilkan. Ini mengambil beberapa faktor seperti komponen elektronik yang sukar diperolehi dan perlu dibuat tempahan luar, setting yang sangat rumit apabila alat ini siap diuji, seni bina coil yang memerlukan kerja yang sangat teliti kerana ia menggunakan coil jenis Tesla. Namun begitu, apabila ianya sempurna melalui kesemua proses-proses tadi, alat pengesan ini akan berfungsi dengan baik dan sangat memuaskan. Jika anda mengetahui serba sedikit mengenai pengesan logam jenis PI, ia berupaya mengesan semua jenis logam dengan baik serta jarak kedalam logam yang lebih dala...
Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Sudah tersangat lama saya tidak update blog ini. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebabnya. Dan ada juga yang sudah mengetahui. Kini saya baru sahaja ada masa terluang untuk memberikan beberapa info mengenai produk terkini dan sedia ada. Baru-baru ini saya banyak menghabiskan masa untuk melakukan kerja R&D untuk beberapa produk untuk dikomersialkan. Antara produk-produk tersebut adalah Power Generator dan metal detector jenis PI. Walaupun hanya dua sahaja produk terbaru, ianya mengambil masa yang agak lama untuk dibuat analisis dan kerja pembangunan. Ini kerana saya melakukan kerja-kerja tersebut tanpa dibantu oleh mana-mana pembantu atau mana-mana agensi berkaitan. Jadi, setelah siap, saya akan mengumumkan produk terbaru tersebut mulai kini dan akan datang. Proses R&D dan Prototaip Metal Detector PI  Kertas kerja yang mudah akan saya siapkan dan dibentangkan secara ringkas di dalam blog ini tidak lama lagi. Oleh itu bagi anda...

Info Pengesan Logam BB

Imej
Alat pengesan logam Beat Ballance Setelah setahun alat pengesan jenis BB atau Beat Ballance dijual tanpa dibuat sebarang penerangan lanjut mengenainya dan juga secara terperinci mengenai teknologi yang digunakan. Malahan juga tiada sebarang maklumat teknikal diperjelaskan di dalam blog atau mana-mana ruangan di dalam internet. Setelah setahun alat ini terjual begitu saja tanpa sebarang promosi besar-besaran dibuat ianya mendapat sambutan yang baik sekali. Pada kali ini saya akan memperjelaskan keseluruhan mengenai alat pengesan Beat Ballance ini atau dipanggil sebagai detector BB. Jika anda mengikuti blog ini dan pasti mengetahui akan satu lagi alat pengesan logam jenis BFO. Itu adalah alat pengesan logam jenis BFO yang pertama dibuat dan dijual oleh saya. Jika mengikut sejarah awal alat pengesan logam, jenis BFO adalah yang paling lama sekali sudah melebihi 100 tahun usianya. Jenis BFO masih digunakan sehingga ke hari ini tetapi pelbagai versi telah dicipta bagi mengatasi p...