Peluang untuk menangi Alat Pengesan Logam
Assalamualikum. Salam ceria. Perkara penting yang ingin saya sampaikan adalah pada 31 haribulan 12 ini sehingga 2 haribulan Januari 2011 nanti akan diadakan Karnival Santai Sempena Tahun Baru 2011 di Pantai Seri Cahaya, Batu 4, Port Dickson. Terdapat pelbagai aktiviti menarik pada hari tersebut seperti booth jualan, pertunjukan pentas, pertandingan istana pasir dan bermacam lagi. Untuk pertandingan istana pasir, terbuka kepada semua yang berminat. Manakala hadiah yang ditawarkan merupakan Alat Pengesan Logam dan Dark Sensor mengikut turutan pemenang serta hamper untuk setiap pemenang utama sehingga pemenang saguhati. Inilah masanya untuk anda rebut peluang ini menunjukkan bakat membina istana daripada pasir dan berpeluang memenangi hadiah lumayan Alat Pengesan Logam serta hadiah-hadiah lain. Untuk penyertaan pertandingan atau berminat untuk membuka booth jualan boleh hubungi saya atau sila lihat iklan yang tertera. Untuk tempahan dan pembelian Pengesan Logam boleh dibuat di sana...