Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Dark Sensor for Home Light

Imej
Antara produk yang dicari-cari oleh semua orang. Alat yang bersaiz kecil dan boleh diselit pada mana-mana sudut. Tahan lasak dan tiada kesan sampingan kepada alatan elektrik yang disambung dengannya. Produk ini diberi nama Pengesan Gelap yang berfungsi menghidupkan lampu rumah secara automatik apabila hari gelap atau malam. Sensor LDR terdapat pada alat ini bertindak sebagai pengesan cahaya persekitaran. Jika waktu malam atau hari gelap, alat ini akan menghidupkan lampu di rumah secara automatik. Kebiasaan pengguna menggunakan alat ini pada lampu luar rumah atau lampu parking kereta. Ia boleh dijadikan alat keselamatan rumah apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari seperti balik kampung, out station dan sebagainya. Rumah anda tidak bergelap lagi walaupun anda tiada di rumah. Anda tidak perlukan timer dipasang pada lampu rumah anda. Hanya dengan alat ini, ia boleh melakukan tugasan setiap hari iaitu menghidupkan lampu rumah apabila hari gelap. Setelah anda memasang alat ini, anda...

Produk Ada Tapi Kena Hold

Ini satu keadaan yang perlu dihadapi kerana sebab tertentu yang mesti dipatuhi. Jika dilihat pada ruangan produk pada web site, terdapat beberapa produk baru yang dimasukkan tetapi belum boleh dijual lagi. Ramai yang bertanya mengenai hal tersebut. Apa yang boleh dikatakan hanyalah tunggu sehingga masa yang sesuai untuk dilancarkan penjualannya. Buat masa ini hanya produk seperti Sensor Gelap mendapat sambutan yang baik oleh orang ramai. Buat masa ini juga tiada sebarang maklum balas dari pengguna yang menggunakan produk tersebut. Ini bukan bermakna perlu ambil ringan untuk masa ini tetapi perlu bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan seperti berlaku kerosakan dan sebagainya. Pada kami masih ada lagi banyak senarai produk kreatif yang akan dimasukkan dalam ruangan jualan di web site. Namun masih belum boleh lagi untuk disiarkan atau dimulakan penjualannya. Jika sampai pada satu tahap kelak, mungkin kami akan adakan penjualan secara besar-besaran seluruh Malaysia. Ini melibatkan b...

Produk berubah

Ramai yang bertanyakan kenapa produk Touch Sense Immo tu sudah tiada lagi? Kenapa ada pula penambahan produk tapi semuanya coming soon. Jawapannya, sebab saya dah hentikan penjualan Touch Sense Immo untuk sementara waktu kerana sebab-sebab tertentu dan melakukan R&D semula. Saya ada hubungi seseorang dari Autralia mengenai produk ini yang beliau pernah hasilkan dan dijual melalui internet. Jika anda mahukan produk ini boleh beli melalui orang Autralia ini terus melaluinya. Harga yang beliau tawarkan adalah murah dan saya tidak mengambil sebarang persen pun dari beliau. Anda boleh cari di e-bay. Begitu juga dengan alat penjimat petrol untuk kereta yang telah dicipta oleh Abg Fareed. Saya cadang untuk mempromosikan produk beliau dengan percuma sahaja melalui blog ini. Tolong kawan mempromosi barang di Malaysia, walupun produknya laku di US. Itu pun kerana saya telah membuat R&D alat tambahan pada rekaan beliau. Alat tersebut sudah siap cuma memerlukan masa yang sesuai untuk ke la...

Dark Sensor mula dijual

Imej
Produk Dark Sensor sudah mula dijual di serata tempat yang berpotensi. Alat ini perlu dipasang dan dibuat pendawaian ringkas pada lampu rumah yang sedia ada. Baru sahaja di lancarkan, sudah mula nampak sambutan yang menggalakkan. Pelanggan pertama bukan menggunakan produk ini di rumah tetapi di premis beliau. Ini kerana beliau setiap awal pagi perlu datang ke premisnya untuk mematikan lampu luar. Dengan memperkenalkan produk dark sensor ini, beliau tidak perlu lagi datang awal pagi ke premisnya semata-mata untuk tutup lampu dan kemudian balik ke rumah semula (sebab waktu buka kedai pukul 10 pagi). Kebanyakkan produk ini terjual untuk dipasang pada rumah. Namun begitu bagi yang tidak pernah buat wiring pada lampu, manual disertakan. Seperti mana cara untuk memasang lampu, ianya lebih mudah lagi pemasangan produk ini berbanding memasang lampu. Oleh itu sudah ada peluang kepada kontraktor pendawaian untuk menyediakan servis memasang lampu dan alat ini. Target utama menjadikan setiap rumah...

Sambutan Hangat

Imej
Produk Touch Sense Immobiliser menjadi pilihan pelanggan buat masa ini. Ianya dipasang pada kenderaan persendiri bagi tujuan sistem keselamatan. Lebih menarik perhatian kerana ia menukar cara menghidupkan enjin dengan hanya sensor sentuhan jari. Dengan kaedah itu, hanya pemilik kenderaan saja yang tahu untuk menghidupkannya. Setiap kenderaan mempunyai lokasi strategik untuk diletakkan sensor sentuhan. Setelah membuat demo pada kenderaan, alat ini mendapat sambutan ramai. Sambutan ramai adalah pada pemilik kenderaan semua jenis. Pada pemilik kenderaan biasa (bukan mewah), dengan pemasangan alat ini, menjadikan kenderaan tersebut seperti kenderaan mewah. Ini disebabkan cara menghidupkan enjin yang agak unik sekali. Produk ini telah di upgrade kepada versi terbaru berbanding versi lama yang sering kali mengalami kerosakan dan mempunyai tarikh luput kerana tindak bala tepu pada sensor sentuh. Oleh itu Idea Ekstreme Network membuat R&D semula pada alat ini untuk dimajukan. Kepada yang m...

Tawaran sementara

Tawaran sementara waktu sahaja untuk produk Touch Sense Immobiliser. Harga akan dinaikkan kepada RM350 seunit. Ini kerana permintaan tinggi dan komisyen akan diberikan kepada setiap pembeli yang berjaya menjual produk ini kepada orang lain. Untuk menjadi agen boleh jadi automatik dengan pembelian alat ini. Setiap pembelian akan direkod dalam data seperti maklumat pembeli untuk memudahkan pemberian komisyen jika ada pembeli yang diperkenalkan. Jadi rebut tawaran ini sebelum harga dinaikkan. Harga tersebut tidak akan dinaikkan lagi kerana itulah harga tertinggi setakat ini. Walaubagaimana pun harga tersebut masih lagi murah dalam pasaran. Namun begitu jika anda berminat untuk membeli secara borong pada kuantiti yang banyak untuk diniagakan, harga boleh dirunding ke tahap yang paling rendah. Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh rujuk di laman web MyEnik. www.myenik.com dan klik pada produk.

Jualan Touch Sense Immobiliser

Jualan untuk produk Touch Sense Immobiliser sudah dibuka. Penjualan sudah lama di buka tetapi baru sekarang diberitahu melalui blog ini. Ini bertujuan untuk melihat sambutan terhadap alat ini. Ternyata sambutan hangat sekali. Ini kerana penawaran harga yang sangat murah berbanding harga di pasaran sekarang yang melebihi dua kali ganda. Untuk pembelian anda boleh terus ke Link Ini. Atau terus ke web site MyEnik dan klik pada bahagian produk. Selain itu juga ditawarkan kepada wakil penjual yang ingin menjual produk ini di kawasan tempat kediaman anda. Promosi melalui internet diberikan percuma. Maksudnya wakil penjual tidak perlu membuat promosi melalui internet kerana ianya dilakukan sendiri oleh Produk Kreatif. Wakil penjual yang perlu menerima panggilan sahaja sekiranya terdapat pembeli berdekatan dengan tempat kediaman wakil penjual. Segalam maklumat berkatian boleh dilihat di web site MyEnik. Harga yang ditawarkan adalah RM250 sahaja. Namun harga boleh turun ke harga RM230. Sila k...