Alat Pengesan Logam Pin Pointer
Assalamualaikum. Salam ceria semua. Baru saya perasan di dalam blog ini kerana artikel untuk Pin Pointer hanya ada satu post sahaja. Itu pun model yang lama. Cerita lama. Kemudian saya baru perasan sebab sebelum ini saya banyak update info di dalam facebook sahaja. Kini saya sudah tidak update lagi di dalam facebook. Hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Kali ini saya cuba memberi penjelasan mengenai alat pengesan logam yang bersaiz kecil iaitu Pin Pointer. Nama pin pointer bukanlah nama model. Ianya merupakan sejenis alat pengesan logam yang paling popular digunakan oleh ahli-ahli pencari metal detector. Penggunaannya adalah saangat efektif. Ianya digandingkan bersama alatan yang lain. Jarang ianya digunakan bersendirian. Bermula dari tahun 2010 alat ini sudah mula dijual kepada umum. Pada tahun 2012 alat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Walaupun ianya tidak diiklankan secara meluas. Bermula dari awal lagi bentuk pin pointer ini adalah sangat tidak efektif. Hanya menggunak...