Alat pengesan gelap lampu automatik
Dark sensor telah pun dibuat penambah baikan keapda fungsinya. Dahulunya ia hanya boleh digunakan untuk lampu mentol bulat berfilamen dan juga mentol kalimantang bersaiz pendek sahaja. Untuk mentol-mentol lampu yang lain ianya memberikan masalah atau tidak berfungsi dengan baik. Salah satu factor yang menjadikan ianya tidak berfungsi dengan baik adalah penggunaan arus (A) yang tidak mencukupi kepada keluaran alat tersebut. Ianya menyebabkan mentol yang selain disebutkan tadi tidak akan menyala atau tidak berfungsi dengan baik sekali. Setelah diamatkan semula ternyata masalah tersebut benar-benar berlaku atas factor tadi. Oleh yang demikian, saya cuba memperbaiki semula struktur litar dan juga pemilihan komponen yang lebih efektif. Salah satu caranya dengan melakukan semula pengujian kepada semua jenis lampu yang selalunya pengguna pasang di rumah atau di premis. Kebiasaanya lampu mentol kalimantang yang bersaiz panjang merupakan mentol yang paling ramai digunakan. Hampir 100% orang...