Dark Sensor Upgrade
Dark sensor yang dipasang pada lampu sedia ada sebelum ini hanya terhad kepada lampu tertentu sahaja. Antara lampu yang dimaksudkan adalah lampu berfilamen dan lampu kalimantang bersaiz pendek. Untuk lampu-lampu lain seperti lampu kalimantang panjang, mentol CFL dan seumpamanya tidak sesuai. Malah ianya tidak berfungsi langsung. Justeru itu kami membuat penambah baikan kepada alat tersebut dengan membuat perubahan litar elektronik secara total. Semua jenis lampu dan mentol diuji kepada alat baru tersebut. Ternyata ianya berhasil dan yakin akan keberkesanannya. Dalam tempoh R&D tersebut pelbagai kejadian yang berlaku. Antaranya adalah berlaku kemalangan seperti litar yang meletup dan salah seorang petugas terkena renjatan elektrik, namun ianya tidaklah serius. Tapi disebaliknya ada juga kejadian yang baik berlaku. Semasa proses R&D lakukan, secara tidak sengaja ada beberapa penemuan ditemui yang menjadikan ianya satu idea baru untuk kami. Pada masa tersebut kami rekodkan dan...