Produk diawangan
Assalamualaikum dan salam hormat. Bersua kembali. Mengikut tajuk seperti di atas memberikan gambaran seperti produk yang tidak begitu nyata. Adakah ini adalah benar? Ya. Tapi mungkin tidak. Seperti dahulu saya pernah memberi hujah mengenai beberapa produk yang berada di dalam senarai yang mungkin akan dikeluarkan atau dipasarkan kepada umum. Namun sehingga ke hari ini ianya masih belum nampak realitinya. Adakah ini yang dikatakan indah khabar dari rupa? Atau cakap tidak serupa bikin? Ya, semuanya benar. Tetapi mungkin juga tidak. Semuanya ada sebab dan ada penjelasannya. Jadi terpulang kepada para pembaca membaca dan menilai sendiri apa yang saya hujahkan. Bukan mudah untuk mengukir kata dan janji sekiranya sukar untuk dilaksanakan seperti yang telah dikatakan. Dan bukan mudah juga untuk menepati janji sekiranya pelbagai halangan dan juga perubahan terjadi tanpa kita sendiri duga. Namun begitu terpulang kepada kebijaksanaan mengawal situasi. Seperti beberapa produk inovasi y...