Siap R&D
Assalamualaikum. Salam ceria dan salam hormat kepada anda semua. Setelah sekian lama saya sibuk dengan urusan R&D, akhirnya tiba masa untuk saya kembali semula seperti sediakala. Ketika proses R&D dijalankan sebelum ini, bagi saya peratusan kejayaan yang dilalui adalah 80% sahaja. Ini berlaku dengan pelbagai fartor luaran yang banyak memberi kesan baik dan juga tidak baik. Namun seperti yang tersenarai di dalam cek list, tidak semuanya dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan. Oleh itu, setelah habis dua minggu diperuntukkan, saya terpaksa kembali semula walaupun masih banyak lagi yang belum dilakukan. Kini penjulan dan juga tempahan dibuka semula. Namun begitu masih ada juga yang membuat tempahan semasa ketiadaan saya sebelum ini. Dan semua tempahan akan disiapkan selepas tempoh ketiadaan saya. Pada masa yang sama, saya telah melakukan serba sedikit ujian dan pemerhatian kepada pengesan logam PI yang baru ini. Sememangnya alat pengesan logam PI ini mempunyai banyak ve...