Penerangan Pengesan Logam Beat Ballance
Alat pengesan logam Beat Ballance Setelah setahun alat pengesan jenis BB atau Beat Ballance dijual tanpa dibuat sebarang penerangan lanjut mengenainya dan juga secara terperinci mengenai teknologi yang digunakan. Malahan juga tiada sebarang maklumat teknikal diperjelaskan di dalam blog atau mana-mana ruangan di dalam internet. Setelah setahun alat ini terjual begitu saja tanpa sebarang promosi besar-besaran dibuat ianya mendapat sambutan yang baik sekali. Pada kali ini saya akan memperjelaskan keseluruhan mengenai alat pengesan Beat Ballance ini atau dipanggil sebagai detector BB. Jika anda mengikuti blog ini dan pasti mengetahui akan satu lagi alat pengesan logam jenis BFO. Itu adalah alat pengesan logam jenis BFO yang pertama dibuat dan dijual oleh saya. Jika mengikut sejarah awal alat pengesan logam, jenis BFO adalah yang paling lama sekali sudah melebihi 100 tahun usianya. Jenis BFO masih digunakan sehingga ke hari ini tetapi pelbagai versi telah dicipta bagi mengatasi pelbag...