Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Alat Pengesan Logam Jenis BB

Imej
Assalamualaikum dan salam ceria. Sudah begitu lama saya tidak update post di blog ini. Saya sibuk dengan kerja R&D saya dan pada masa yang sama terlalu banyak tempahan yang saya terima terutama sekali produk pengesan logam. Pada kali ini alat pengesan logam sudah pun dinaik taraf kepada jenis Beat Ballance (BB) daripada yang jenis sebelumnya iaitu Beat Frequency Oscillator (BFO). Naik taraf ini bagaimanapun sudah menjangkau lebih dari sebulan. Namun begitu penjualannya sangat rancak berbanding model BFO walaupun iany tidak diiklan di dalam blog ini atau mana-mana laman web lagi. Setelah menjangkau sebulan lebih, baru kini saya memberi info mengenai alat pengesan jenis BB ini. Apakah keistimewaan alat pengesan jenis BB ini berbanding BFO? Secara ringkasnya alat pengesan BB ini adalah gabungan dua jenis alat pengesan iaitu jenis Beat Frequency Oscillator dengan jenis Induction Ballance. Gabungan kedua-duanya ini menghasilkan Beat Ballance atau BB. Sebenarnya alat pengesan j...