Pengera Pintu mudah alih
Prototaip alat penggera pintu sudah siap sepenuhnya dibuat dan dibuat ubah suai. Ianya diuji dengan beberapa tombol pintu yang mempunyai pelbagai bentuk dan juga binaannya yang mana struktur kerangka pintu ada yang diperbuat daripada kayu atau besi. Setelah dibuat penyelidikan ternyata pintu yang diperbuat daripada besi sepenuhnya tidak memberi apa-apa fungsi kepada alat ini. Ini bermakna pintu besi tidak berfungsi dengan alat ini. Ianya sesuai untuk pintu kayu atau plastik. Manakala rangka tepi pintu yang terdiri daripada besi juga tidak sesuai. Tapi ada satu caranya dengan membuat sedikit tampalan pada sudut tertentu. Ianya akan dinyatakan dpada manual yang disertakan. Bentuk sebenar produk belum disiarkan lagi. Seperti gambar yang ditunjukkan adalah prototaip sahaja. Alat ini hanya perlu digantungkan kepada tombol pintu dan setkan kepekaan. Jika ada sesorang memegang tombol pintu dari luar, LED akan menyala dan alarm akan berbunyi seketika. Ia menggunakan kuasa bateri 9 volt iaitu...