Mendatangkan hasil
Assalamualaikum.... Baru-baru ini saya dihubungi oleh salah seorang pelanggan yag pernah membeli treasure detector daripada saya dan menceritakan pengalaman beliau menggunakan alat tersebut. Cerita bermula dengan beliau menghadapi masalah kerana kurang mahir untuk menggunakan alat tersebut walaupun saya sendiri acap kali buat demo. Nasihat saya adalah sentiasa selalu membiasakan dengan alat tersebut agar tidak kekok dan mahir sedikit. Nasihat saya beliau ikuti dan beliau memberitahu dia sudah pun biasa menggunakan alat tersebut. Kemudian beliau menceritakan hasil pencariannya banyak menjumpai logam-logam sampah seperti tutup botol, penarik tutup tin, paku, kepingan zink dan macam-macam lagi yang kurang bernilai. Tetapi dari cerita beliau juga dan kerajinannya beliau menjumpai duit syiling lama di satu tempat yang beliau jalankan aktiviti hobinya ini. Selain duit syiling lama, beliau menjumpai cincing tembaga dan rantai leher, tetapi tiada nilai kerana ianya bukan dari logam emas....