Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Info terbaru selepas Raya

Assalamualaikum, Salam ceria. Bersua kembali. Semoga rakan-rakan semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Cuma keadaan saya pada masa kini agak sibuk dan masa dipenuhi dengan banyak hal-hal yang perlu diselesaikan dengan segera. Selepas cuti raya baru-baru ini saya menghadapi keadaan yang agak sibuk. Pelbagai benda yang perlu untuk saya selesaikan termasuk urusan kerja saya ke Korea mungkin terpaksa saya batalkan atas sebab-sebab tugasan di Malaysia ini yang masih belum selesai. Pada kali ini saya ingin berkongsi info mengenai produk yang akan muncul atau mungkin juga produk lama yang akan upgrade. Semuanya bergantung kepada keadaan. Semuanya juga bergantung kepada perbincangan bersama ahli-ahli yang terbabit di dalam grup ini. Pada saya, produk baru mungkin akan keluar. Yang mana produk lama akan dihentikan pengeluaran berdasarkan kepada pemerhatian saya dalam beberapa tahun operasi pembuatannya. Setelah mendapat idea dan penghasilan produk baru, saya berani untuk me...