Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Gold treasure scanner dengan fungsi baru

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria. Antara produk terbaru pada masa kini adalah produk gold scanner. Ia adalah produk gabungan yang telah dimodifikasi kepada penambahan fungsi baru. Yang dikatakan fungsi baru kerana belum ada lagi fungsi sebegini pada kekuaran alat seperti ini.   Saya mengambil masa yang lama untuk membuat penambahbaikan ini mengenangkan kesukaran saya menghasilkan alat deep seeker untuk ATM yang menemui kegagalan kerana alat kurang berkesan walaupun ianya berfungsi.   Pada tahun sebelum ini saya pernah menghasilkan alat deep seeker ini. Blue print boleh dapat di internet dan atas pemberian kawan kawan juga. Walaupun begitu saya tidak membuatnya bulat bulat mengikut blue print tersebut kerana saya pasti membuat modifikasi juga mengikut kesesuaian pengguna di sini. Apa pun deep seeker yang saya hasilkan tidak memberi kesan yang memuaskan. Saya mengalami kerugian di situ. Walaupun ianya telah dihasilkan dan dijadikan produk, hasilnya banyak merugikan. Alat ...