Tahun 2017
Bismillah... Assalamualaikum. Salam bertemu kembali. Masuklah sudah tahun 2017 dengan pelbagai perancangan telah dirancang sejak penghujung 2016 lagi. Pada tahun 2017 ini banyak perubahan berlaku. Antaranya seperti perancangan untuk menaik taraf produk sedia ada, menukar cara pengurusan supaya lebih cekap, merombak semula harga-harga produk dan menghasilkan produk terbaru. Semua ini telah disusun rapi perancangannya supaya pada tahun 2017 ini ianya dilaksanakan dengan jayanya. Insyaallah. Pada tahun tahun sebelum ini seperti yang ramai sudah ketahui bahawa produk seperti alat pengesan logam merupakan produk paling laris berbanding produk-produk yang lain. Namun begitu saya akan cuba untuk menyakinkan lagi produk-produk lain juga berpotensi untuk diketengahkan. Adakalanya produk-produk baru ini kurang mendapat sambutan atas beberapa factor dan yang paling utama adalah factor marketing dan pengiklanan. Insyaallah, usaha tahun ini akan membuahkan hasil. Manakala produk kreatif a...