Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Produk 2016

Imej
Salam sejahtera. Salam ceria. Walaupun sudah terlajak sehingga pertengahan tahun, saya berhasrat untuk umumkan beberapa produk terbaru. Ada juga produk lama yang telah upgrade daripada lama kepada system baru yang lebih baik lagi. Pada tahun ini saya lebih tertumpu kepada pengeluaran produk berasaskan tenaga solar. Sistem kuasa yang menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga murah malah percuma. Bagi saya sudah tiba masanya untuk mengeluarkan produk seperti ini. Hasrat untuk menghasilkan produk baru ini sudah lama terpendam sejak beberapa tahun dahulu. Namun begitu saya membuat pelbagai ujikaji dan ujian terhadap litar-litar terpilih. Kekangan masa dan kewangan membuatkan projek dan aktiviti pengujian agak perlahan. Setelah menjangkau beberapa tahun akhirnya produk baru ini sedia untuk menemui pelanggan. Mungkin anda sedia maklum, produk yang saya hasilkan ini bukanlah baru di pasaran. Terdapat juga idea produk yang hamper sama telah terjual. Kelainan dar...