Assalamualaikum. Salam ceria.
Untuk tempoh yang tertentu saya mengalami masalah berkenaan dengan produk yang telah dihasilkan untuk stok dan penjualan. Beberapa unit produk terutama produk metal detector mengalami masalah kronik yang masih belum dapat dikesan permasalahan tersebut. Bagaikan virus apabila semua unit yang dihasilkan baru-baru ini (sudah hampir sebulan) mengalami masalah yang serupa. Kesemua unit mengalami masalah yang serupa dan sehingga kini masih belum dapat mengetahui punca masalah tersebut.
Unit asal digunakan sebagai rujukan bagi menjejaki masalah tersebut namun ianya sukar dikesan. Pelbagai sudut dan ruang diperiksa. Hampir kesemua komponen telah diganti dan setiap laluan litar telah dijejaki namun masalah tersebut masih belum selesai.
Bagi saya ianya adalah virus. Ini kerana selama beberapa tahun penghasilan produk, belum pernah lagi masalah seperti ini berlaku. Masalah lain seperti kerosak komponen, board dan sebagainya Alhamdulillah mudah diatasi. Namun permasalah terbaru ini masih belum mendapat jawapannya.
Diharap tuan tuan di luar sana agar dapat memberikan kata semangat dan doa semoga saya dapat memperolehi kejayaan serta dapat menyelesaikan masalah pelik ini secepat mungkin.
Amin
Insyaallah selepas Raya Idulfitri nanti, dijemput tuan tuan datang ke service center saya yang baru di Pandan Indah. Bersebelahan dengan MPAJ. Bawa produk yang pernah tuan tuan beli untuk dibaiki atau di upgrade. Beberapa produk baru juga boleh diperolehi di sana.
Saya juga akan mengadakan beberapa kursus pendek berkaitan dengan inovasi dan penghasilan produk seperti metal detector, power solar dan sebagainya. Bilik kursus telah dibuat khas dan lebih selesa.
InsyaAllah.