Seperti post yang terdahulu, saya akan memberi sedikit penerangan mengenai alat pengesan logam jenis PI yang telah dinaik taraf kepada PI TRX double coil.
Fungsi alat masih sama. Cuma berbeza pada kepekaannya. Manakala dari segi luaran pula ada sedikit perubahan. Meter digital tidak digunakan lagi. Ia akan digantikan dengan LED. LED ini bertindak seperti meter digital sebelum ini. Cuma ia lebih nampak cantik dan berfungsi baik pada sebelah malam. Manakala fungsi buzzer adalah sama. Nadanya masih juga sama.
Tidak sama seperti produk luar dari pengilang besar, produk saya ini adalah basic atau asas semata mata. Jika dibuat penambahan kepada fungsi tertentu seperti paparan meter, volume, pelarasan sensitif dan sebagainya, ianya akan menampakkan pro. Cuma semua itu bermula dari basic.
Jika diterangkan kaedah basicnya, ada lagi basic. Bermula dari situlah, proses penambahbaikan bermula. Satu demi satu. Kemudian ia menjadi tren peningkatan yang mendadak sehinggakan adanya perlumbaan dan persaingan antara satu sama lain.
Ada beberapa pelanggan memberikan pendapat mengenai penambahbaikan alat ini. Dan ianya menampakkan supaya lebih kelihatan pro. Sehinggakan tiada sedikit pun seperti pembuatan sendiri. Memang saya faham akan hal sebegini. Apa yang pelanggan mahukan adalah satu presentation yang mantap tetapi kos yang sama seperti yang saya niagakan sekarang. Kos yang rendah tetapi fizikal yang setanding dengan luar. Itu yang saya nampak. Itu yang mereka mahukan.
Mungkin jika saya berminat, saya pasti ikut apa yang dikehendakkan. Namun begitu terpulanglah kepada kehendak masing masing atas apa yang dikehendakkan itu. Namun saya masih kekalkan persembahan sebegini supaya orang kenal akan produk saya yang sememangnya buatan sendiri dan menggunakan bahan bahan murahan seperti batang paip pvc, lapik pasu dan sebagainya. Ianya menjadi hasil kebanggaan saya walaupun dikritik oleh pelanggan dan juga rakan rakan seperjuangan.
Pada sistem PI TRX ini tidak sama binaan coilnya. Dahulu ianya single. Kini ianya sudah sampai kepada 3 coil. Walaupun ianya terdapat 3 atau lebih coil, fungsinya masih sama menggunakan pendawaian double coil. Nampak sahaja pembinaannya mungkin sukar dan leceh, tetapi bagi saya ianya lebih efektif berbanding model versi lama yang dulu. Dahulunya sistem yang menggunakan single coil walaupunnya sensitif dan menggunakan flat coil, ianya sangat susah untuk mengesan syiling 5 sen. Tambahan pula jika menggunakan coil lilitan bebas memang tidak dapat langsung mengesan syiling 5 sen.
Dengan penukaran sistem TX RX ini, semua masalah ini dapat diatasi. Hanya dengan menggunakan 2 coil lilitan bebas sahaja pon sudah nampak perbezaan kepekaannya. Tidak perlulah lagi untuk meletakkan flat coil.
Pi menggunakan single frequency. Dan tidak boleh menghasilkan multi frequency secara serentak. Sebabnya pada setiap frequency perlu ada pelarasan zero beat. Jika tidak alat tidak berfungsi dengan baik. Seperti yang saya katakan tadi, ianya benar benar basic. Namun jika masukkan satu peranti tambahan yang boleh diprogramkan ianya akan menjadi Pro.
Pi biasa menggunakan single frequency. Untuk kali ini saya menambahkan satu suis pilihan frequency. Atau mudah diterangkan pemilihan frequency high or low. Untuk high frequency ia lebih cenderung kepada pencarian logam kecil. Manakala untuk low frequency ia adalah standard. Namun begitu pemilihan high frequency menjadikan alat sedikit panas dan bateri pula cepat habis.
Sedikit pencerahan. Frekuensi yang tinggi menghasilkan denyutan atau ayunan yang laju. Ianya diukur hanya mikro saat. Walaupun sedikit perbezaan pun sudah memadai menghasilkan perbezaan pada semua kendalian sistem. Keluaran pada frekuensi ayunan tersebut akan keluar kepada gegelung pengesan yang bertindak menghasilkan gelombang PI yang besar (sehinggakan gelombang ini dibenci oleh pengguna vlf kerana mengganggu sistem mereka).
Atas sebab perubahan ketara ini, saya tidak mengeluarkan lagi PI yang menggunakan single coil. Walaupun saya boleh jual pada harga sangat murah. Begitu juga pada pengesan jenis BFB juga tidak akan dikeluarkan lagi kecuali atas permintaan terdesak. Model seterusnya jenis IB juga saya tidak berhasrat untuk menjualnya kerana banyak kelemahan berbanding kelebihannya.
Oleh itu juga, kepada pelanggan yang pernah membeli PI single coil, bolehlah kiranya untuk upgrade kepada double coil. Sedikit cas akan dikenakan. Dan bentuk cover coil juga akan upgrade supaya lebih kukuh dan boleh selam di dalam air,
Rakan rakan boleh hubungi saya untuk upgrade kepada TRX yang lebih efektif dan berkeyakinan.