Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Dark sensor kembali

Imej
Assalamualaikum. Salam ceria, salam bertemu lagi. Kali ini mengesahkan perihal alat yang diberi nama Dark Sensor atau Alat Pengesan Gelap. Alat ini merupakan antara produk yang paling lama dalam senarai MyEnique. Namun sekali lagi saya bercerita tentangnya sebagai mengingati produk paling lama dan mengingatkan kembali biodata alat ini. Apa yang menarik alat ini tidak memerlukan sumber kuasa tersendiri untuk menghidupkannya. Dengan hanya dua wayar sahaja ianya menjadi laluan untuk pelbagai fungsi seperti untuk laluan kuasa, laluan sensor dan laluan kepada isyarat antara sensor dengan sumber kuasa dan lampu. Menariknya lagi cara pemasangan juga tidaklah begitu kritikal. Dengan melihat pada manual, alat mudah dipasang. Tiada masalah sekiranya dua wayar dari sensor dipasang pada mana mana arah. Ianya masih tetap berfungsi dengan baik. Bercerita pula mengenai pengalaman, alat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ianya dipasang pada lampu di luar kediaman. Biasanya pada kawasan lot parkin...