Dalam masa terdekat ini saya pernah menghasilkan satu lagi alat pengesan logam terbaru. Namun fungsi masih lagi sama dengan alat pengesan sebelum ini iaitu jenis PI. Alat terbaru ini diberi nama PI TRX. Perkataan PI masih dikekalkan cuma tambahan kepada abjad TRX.
Ia adalah revolusi baru yang dihasilkan daripada penghasilan pengesan PI. Jika sistem PI sebelum ini menggunakan satu coil sahaja, bagi alat baru ini menggunakan double coil, yang mana setiap satu coil mempunyai fungsi tertentu. Bagi segi penggunaan masih lagi sama cuma ada beberapa sedikit perbezaan yang membolehkan pengguna PI sebelum ini rasa puas hati dengan kemunculan PI TRX.
Namun dari segi perbezaan pengesanan pula boleh menampakan perbezaan positif. Jika ditunjukkan hasil pengujian, ia mampu mengesan ketulan nugget emas sekecil dua gram sehingga setengah gram pada jarak 3 hingga 5 inci. Manakala untuk objek logam yang terbesar pula melebihi1 meter.
Jika sebelum ini rekabentuk PI sudah diketahui umum seperti gambar yang ditunjukkan, namun secara senyap rekabentuk baru telah dikeluarkan dan terdapat sedikit perubahan. Ianya adalah sebagai ujikaji atau percubaan. Sebelum ianya dihasilkan, unit tersebut telah diuji terlebih dahulu. Unit sebelum ini tidak terdapat suis frekuensi seperti versi selepasnya. Jadi ianya dihasilkan secara senyap senyap sahaja. Tujuannya adalah sebagai tempoh pengujian.
Setelah beberapa unit digunakan oleh pelanggan, ianya berfungsi dengan baik seperti biasa cuma terdapat beberapa masalah yang pengguna tidak ketahui. Masalah itu bukanlah masalah baru dan ianya bukanlah masalah. Ini kerana sifat unit PI itu sendiri menyebabkan pengguna merasakan ianya satu masalah.
Suis frekuensi berfungsi dengan baik. Namun terdapat masalah yang tidak diketahui dan saya juga baru ketahui setelah beberapa pengguna mengalaminya sendiri. Terdapat dua pilihan pada suis frekuensi iaitu 100Hz dan 1000Hz. Unit standard menggunakan frekuensi 100Hz. Unit selepasnya terdapat pilihan 1000Hz atau 1kHz. Pilihan pada 1kHz berfungsi untuk mengesan logam yg lebih kecil dengan lebih baik. Ia berfungsi dengan baik walaupun ada pengguna tidak mahir menggunakannya. Cuma dengan pemilihan 1kHz menyebabkan kuasa bateri cepat habis dan kotak unit akan cepat panas.
Secara teorinya apabila sesuatu panas terhasil, penggunaan tenaga akan meningkat secara mendadak. Oleh itu bateri cepat habis. Saya pernah cuba selesaikan masalah tersebut dengan menukar bateri jenis lead acid yang lebih besar saiz dan ianya boleh dicas semula. Namun kos akan meningkat dengan penambahan kos bateri, litar regulator dan pengecas.
Selepas itu saya tidak lagi mengadakan suis frekuensi untuk kegunaan komersial kerana ia memberi masalah terutama kepada pengguna yang baru. Oleh itu PI TRX dihasilkan bagi mengatasi kekurangan pada PI. PI yang sedia ada masih boleh digunakan lagi, cuma pemilihan lain seperti PI TRX akan dihasilkan. Unit terbaru ini tidak terdapat suis fekuensi pada unit standard melainkan atas permintaan pelanggan. Ini untuk pengubahsuaian sepenuhnya. Dan bateri lead acid wajib digunakan.
Satu lagi opsyen adalah pelarasan pengasingan logam. Untuk pelarasan ini saya tidak sertakan kepada unit standard, hanya untuk atas permintaan. Pelarasan ini agak rumit digunakan kepada pengguna yang masih baru dan boleh menyebabkan unit tidak berfungsi dengan baik. Sama umpamanya jika kita bermain remote control helikopter yang terdapat 3 channel sehingga 4 channel. Jadi ada kesesuaian bagi yang baru bermain sesuai untuk channel yang mana dan mungkin agak susah jika terus terjah kepada channel yang lebih rumit. Itu perumpamaannya.
Selepas ini saya akan kekalkan pengeluaran PI TRX untuk fungsi pencarian yang lebih fokus. Kemudian seterusnya alat pengesan jenis preVLF akan dihasilkan selepas beberapa percubaan dan pengujian.
Jadi kesimpulannya, saya akan meletakkan 3 jenis alat pengesan logam yang boleh pengguna pilih mengikut faktor yang pengguna rasakan mampu dan perlu. 3 unit tersebut adalah jenis BFO, PI TRX dan preVLF atau TH. Ketiga tiganya tidak sama sistem kendalian. Dan fungsi masih sama iaitu mengesan objek logam. Hanya ketiga tiga unit ini mempunyai beberapa senarai kelebihan dan kekurangannya.
Unit PI TRX mempunyai bentuk yang berbeza dengan PI. Kotak unit boleh dilaras dan dilipat untuk kemudahan menyimpan di dalam beg sandang. Manakala terdapat kotak kedua khas untuk penyimpanan bateri. Oleh itu sistem kuasa telah diasingkan untuk kemudahan menukar bateri baru, melainkan untuk bateri lead acid yang hanya perlu dicas dengan adapter saja. Untuk unit baru selepas ini akan disertakan dengam beg galas percuma dan beberapa alatan lain lagi untuk kemudahan penggunaan dalam aktiviti pencarian. Namun unit ini terhad kepada yang benar benar berminat sahaja. Untuk mereka yang ragu ragu saya nasihatkan untuk dapatkan unit yang standard sahaja. Ini kerana unit terbaru ini akan dihasilkan jika terdapat permintaan sahaja. Maknanya hanya tempahan saja diterima.