Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Salam kembali

Imej
Assalamualikum. Salam sejahtera, Salam ceria. Pertama sekali saya ingin memberitahu kehadiran saya yang sekian lama menyepi di blog ini merupakan satu berita bahawa saya kembali semula seperti sedia ada. Kesibukan saya sebelum ini membuatkan blog ini sepi seperti tidak bertuan. Namun rahsia di sebalik kesepian ini bukanlah menggambarkan saya sebenarnya menyepi. Saya sibuk dengan pelbagai tugasan dan persiapan untuk rancangan akan datang. Kehadiran sulung saya pada tahun ini ingin memberitahu dan menceritakan pengalaman saya serta perkara penting berkenaan dengan produk kreatif. Diharap dengan luahan ini serba sedikit dapat memberikan gambaran apakah rancangan saya seterusnya yang pastinya ramai tertunggu-tunggu. Kini saya baru sahaja selesai berpindah di tempat baru. Lab, office dan tempat produksi kini berada di tempat baru yang lebih selesa berbanding tempat lama yang agak sempit dan tidak mesra pengguna. Dengan beradanya di tempat baru kini, diharapkan tugasan seperti R&D ...