Dark Sensor untuk keselamatan rumah
Semasa cuti hari raya Aidil Fitri nanti, kita akan bercuti pulang ke kampung halaman atau ke rumah saudara mara. Oleh itu rumah kediaman akan kita ditinggalkan dalam beberapa hari atau tempoh masa yang lama. Oleh itu keselamatan rumah menjadi isu yang paling penting sementara kita menyambut kemeriahan hari raya. Pelbagai cara dilakukan termasuklah dengan kawalan keselamatan oleh pihak berkuasa yang akan meronda di kawasan kediaman kita sepanjang kita cuti beraya. Selain itu juga pemasangan kunci tambahan juga adalah penting bagi memastikan rumah dalam keadaan selamat dari dicerobohi orang yang tidak bertanggungjawab. Ada juga yang memasang lampu luar rumah 24 jam sepanjang mereka pulang ke kampung bercuti. Memang cara tersebut bagus kerana ia menerangi kawasan rumah terutama luar rumah pada setiap malam hari. Tetapi paling tidak praktikal adalah lampu tersebut menerangi 24 jam walaupun pada waktu siang hari. Ini menyebabkan pembaziran elektrik. Oleh itu cara paling mudah adalah m...