Semua produk yang dihasilkan tidak terhenti di situ sahaja. Setelah melalui pelbagai ujian termasuklah komen dari pengguna, produk sedia ada akan dinaik taraf mengikut kesesuaian. Segala kelemahan dahulu diperelokkan dan jika ok ianya akan ditambah baikan lagi.
Seperti produk Treasure Detector yang sentiasa dibuat penambahbaikan disamping pemilik alat diberi keistimewaan untuk menaiktaraf secara percuma. Ini dikuatkan lagi dengan jaminan tanpa had yang ditawarkan. Begitu juga dengan produk lain-lain seperti dark sensor yang telah dibuat penambahbaikan dari segi penggunaan wayar yg lebih flexible.
Produk-produk lain masih belum boleh dikeluarkan lagi kerana menunggu proses pengujian berjadual selesai dijalankan. Manakala produk seperti scanner 25 feet sedang diuji dan masih dalam R&D, walaupun dahulunya sudah terjual beberapa unit. Produk starter lock juga telah dinaik taraf dengan penambahan alarm dan beberapa konfigurasi lain lagi. Alarm pintu mudah alih akan berada di pasaran dalam masa terdekat ini. Begitu juga dengan alat anti tikus, anti cicak, anti lalat dan beberapa anti lagi juga akan berada dipasaran. namun terpulang kepada keadaan kerana tidak semua produk yang telah berada dipasaran diberitahu di dalam blog ini.