Translate Your Language

Selasa, 21 April 2009

Produk untuk penggemar hobi kit - PROKIT

MyEnik memperkenalkan produk projek kit elektronik yang menggunakan veroboard. Kebanyakan projek hobi kit menyediakan PCB di dalam setiap pakej yang dijual. Penggunaan veroboard selalu digunakan oleh mereka yang memulakan langkah pertama dalam hobi rekcipta eprojek elektronik.

MyEnik memperkenalkan 18 jenis projek kit untuk keluaran pertamanya. Sementara itu MyEnik mengajak penggemar hobi kit memasuki ruangan PROKIT yang disediakan untuk melihat sendiri dan mengisi borang kajiselidik. Ini bertujuan pihak MyEnik dapat mengetahui permintaan dan selera masa kini terhadap produk yang ditawarkan.

MyEnik sudah mengambil masa yang agak lama memikirkan cara penyediaan yang paling sesuai kepada penggemar hobi kit projek elektronik terutama kepada mereka yang baru berjinak-jinak di dalam bidang rekacipta projek elektronik. Sehubungan dengan itu MyEnik telah mencadangkan dan pada masa yang sama memperkenalkan teknik dua dalam satu iaitu mengisi masa lapang dengan hobi sambil belajar.

Setiap pakej projek mengandungi komponen elektronik, veroboard dan manual pemasangan. Di dalam manual itu juga terdapat kendalian litar projek yang memberikan maklumat tentang fungsi dan kendalian litar projek tersebut. Ini yang menjadikan PROKIT antara lain dari yang lain. Ia menitik beratkan kepada pembelajaran, pemberi maklumat dan pembimbing kepada mereka yang mencuba PROKIT.

Untuk lebih lanjut dan mengetahui PROKIT, sila ke link ini atau anda boleh terus ke web site www.myenik.com dan klik pada produk.